Macam raja ya? - Utusan Malaysia

Macam raja ya?

POKLIP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Poklip tergelak juga bila dengar cerita yang satu ini. Rasa macam, ha nak sangat kerja dengan orang popular, hadaplah walau macam mana pun perangai. Nama pun majikan, awak kenalah ikut juga. Takkan hendak melawan kan?

Kisahnya disampaikan seorang teman Poklip. Ala bosan-bosan tak tahu nak buat apa, telefonlah kawan-kawan buat pengubat rindu. Tiba-tiba dia menyampaikan satu dakwaan yang boleh tahan kelakar. Layan majikan seperti raja…tajuknya.

Cerita si polan itu, ada seorang pembantu peribadi kepada seorang pelakon popular ini mengeluh. Mana tidaknya, dia terpaksa melayan seribu macam perangai majikannya. Buat yang begini, salah. Buat yang begitu, pun salah.

Semua kena ikut cakap majikan itu walaupun sudah terang lagi bersuluh, salah! Tapi sebab status ‘boss’, semua kena ikut telunjuk dia. Tiada jawapan tidak dalam kamus dewan hidupnya. Jadi terpaksalah seluruh kerabat pembantu ikut saja.

Tapi nama pun majikan. Anda dibayar untuk membantu dia. Kalau awak rasa benda itu salah, angkat kaki sahaja. Cuma yalah, kita kena fikir situasi ekonomi sekarang juga kan. Mana boleh sesuka hati berhenti kerja.

Takkan nak tunggu duit jatuh dari langit? Mustahil. Tetapi kena fikir, daripada tertekan bila balik rumah, buat apa teruskan juga. Kalau hari-hari kena layan majikan yang tak reti nak faham pekerja pun susah. Sakit jiwa kita nanti.

Lagipun, Poklip pernah dengar juga perangai pelakon itu yang tidak akan makan semeja dengan pembantunya. Dia seorang atas meja santapan, yang lain kena duduk ada jarak. Jatuhlah kelas dia tau! Amboi, perangai apa itu dik.

Macam ini lah, yang majikan jangan nak feeling diva sangat. Yang pekerja, kalau rasa tak boleh tahan, cuba cari kerja lain. Kita hidup jangan tertekan sangat, kena ada ketenangan barulah senang bernafas. Ini kalau mendengus setiap masa, eh tak kuasalah kita!

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya