Lima peniaga sayur positif Covid-19, Pasar Besar MBMB ditutup - Utusan Malaysia

Lima peniaga sayur positif Covid-19, Pasar Besar MBMB ditutup

PASAR Besar MBMB di Bachang, Melaka ditutup selama tiga hari  bagi menjalankan kerja-kerja sanitasi. - UTUSAN/DIYANATUL ATIQAH ZAKARYA 
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Pasar Besar Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) di Bachang di sini, ditutup  tiga hari bermula hari ini selepas 15 peniaga sayur disahkan positif Covid-19.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Antidadah negeri, Datuk Rahmad Mariman berkata, Kementerian Kesihatan mengenal pasti seramai 100 kontak rapat individu berkenaan bagi menjalani ujian saringan.

“Pasar Besar MBMB ditutup tiga hari selepas 15 peniaga di bahagian sayur-sayuran disahkan positif Covid-19.

“Kementerian Kesihatan mengenal pasti 100 individu kontak rapat peniaga-peniaga tersebut termasuk ahli keluarga mereka dan sedang mengesan baki yang mungkin terlibat bagi mengekang penularan wabak itu,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia, 

Sementara itu, Datuk Bandar MBMB, Datuk Zainal Abu berkata, penutupan dibuat serta-merta pagi tadi bagi menjalankan kerja-kerja sanitasi. 

“Kita telah memaklumkan penutupan pasar ini kepada orang ramai menerusi akaun rasmi media sosial Facebook MBMB,” katanya. – UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya