Lembah Klang catat kes sporadik tertinggi Covid-19 - Utusan Malaysia

Lembah Klang catat kes sporadik tertinggi Covid-19

NOOR HISHAM ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Lembah Klang mencatatkan jumlah kes sporadik tertinggi di negara ini dengan Petaling menjadi daerah paling tinggi kes sproradik iaitu 3,905 kes, Hulu Langat (2,783 kes) dan Klang (2,482 kes).

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, biarpun pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 dilihat berjaya mengawal peningkatan kes kluster pada Minggu Epidemiologi (ME) ke-24 tetapi kes sporadik tidak menunjukkan penurunan yang ketara.

Katanya, Lembah Klang adalah sebuah kawasan yang terdiri daripada Kuala Lumpur dan pinggir bandarnya, serta meliputi kawasan bandar dan bandar raya di Selangor.

“Mengikut data dari 1 Januari (ME ke-53/2020) hingga Sabtu lalu (ME ke-24/2021), sebanyak 578,105 kes Covid-19 telah dilaporkan dengan 398,846 kes bersamaan 69.0 peratus adalah kes sporadik.

“Selangor menjadi negeri tertinggi kes sporadik dengan 151,725 kes (38.0 peratus), Kuala Lumpur sebanyak 44,517 kes (11.2 peratus) dab Sarawak sebanyak 40,889 kes (10.3 peratus),” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Noor Hisham berkata, kes sporadik tidak dapat dikaitkan dengan mana-mana kluster sedia ada melainkan dikesan melalui saringan di tempat kerja, saringan dalam komuniti atau daripada saringan kes bergejala.

Katanya, lebih membimbangkan, kebanyakan kes sporadik tersebut tidak bergejala tetapi masih boleh menjangkiti sesiapa sahaja yang berada di sekeliling mereka yang tidak mengamalkan prosedur operasi standard (SOP) dengan betul.

“Lembah Klang yang sememangnya mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi, bukan sahaja terdedah kepada kes sporadik dalam komuniti, malah kebanyakan kes Covid-19 ini tidak mempunyai gejala.

“Sukar untuk mengetahui siapa yang mempunyai Covid-19 maka adalah sangat penting bagi semua pihak mengambil maklum perkara ini dan melindungi diri serta keluarga masing-masing daripada bahaya Covid-19,” katanya.

Tambahnya, biarpun PKP 3.0 mulai 1 Jun telah memasuki minggu ketiga dengan jumlah kes harian dilihat masih berada pada paras tinggi melebihi 4,000 kes sehari manakala, kes sporadik juga masih berada pada peratusan yang agak tinggi. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya