Lelaki sering bagi buaya makan dilaporkan hilang di Indonesia - Utusan Malaysia

Lelaki sering bagi buaya makan dilaporkan hilang di Indonesia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Seorang lelaki yang sering memberi makan kepada buaya di Bangka Belitung dilaporkan hilang.

Lelaki tersebut yang dikenali sebagai Juperi Ahmad, 53, yang bekerja sebagai penjaga pintu air di Rawa Sungai Desa Dukong, Belitung Timur disyaki dibaham binatang buas tersebut.

Sebelum dilaporkan hilang, kelibat Juperi tidak kelihatan di tempat kerjanya ketika rakan-rakannya mula pulang.

Lelaki itu didakwa menjadi orang terakhir berada di muara sungai.

Ketua Pejabat Operasi Mencari dan Menyelamat (SAR) Pangkalpinang, Fazzli memberitahu, pencarian akan terus dilakukan selama beberapa hari akan datang.

Katanya, kawasan tersebut diketahui dihuni banyak buaya.

Menurut rakan Juperi, lelaki itu sering memberi makan kepada buaya yang timbul di permukaan air.

Bahkan, dia juga melarang rakan-rakannya mengusir binatang buas tersebut.

Juperi percaya, dengan memberi makan, binatang buas itu tidak akan mengancam manusia.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya