Lelaki nyaris dipatuk 2 ekor ular tedung dalam bilik air

Lelaki nyaris dipatuk 2 ekor ular tedung dalam bilik air

ANGGOTA APM berjaya menangkap ular tedung hitam yang dianggarkan berukuran lebih kurang satu meter panjang di sebuah rumah di Tempoyang, Kuala Lipis, Pahang. - IHSAN APM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LIPIS: Seorang lelaki nyaris dipatuk dua ekor ular jenis tedung hitam yang didapati berada dalam bilik air rumahnya di Tempoyang, dekat sini, lewat petang semalam.

Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah, Mohd. Azhar Yusud berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 7.05 malam.

“Pihak kami menerima panggilan kecemasan daripada orang awam bernama Idris Bidin yang meminta bantuan untuk menangkap ular di rumahnya.

“Beliau memaklumkan bahawa ternampak dua ekor ular disyaki jenis tedung hitam berada dalam bilik air rumahnya meminta bantuan APM kerana tidak berani bertindak sendirian,” katanya dalam kenyataan di sini. 

Mohd. Azhar berkata, dalam operasi penangkapan ular berbisa itu, pihak APM segera mengambil tindakan kerana khuatir keadaan pemanggil yang berkemungkinan berdepan risiko dipatuk ular.

“Operasi itu melibatkan empat anggota terlatih dan satu kenderaan jenis Navara untuk digerakkan ke lokasi yang dinyatakan.

“Anggota APM mendapati terdapat dua ekor ular tedung hitam sepanjang 1.5 meter setiap seekor berada dalam bilik air dan mengambil masa selama enam minit untuk membuat tangkapan menggunakan alat khas untuk menyepit ular.

“Pihak kami telah melepaskan kedua-dua ular seberat lapan kilogram itu ke habitat yang sesuai iaitu di hutan simpan di dalam daerah ini,” katanya.

Sementara itu, katanya, anggota APM turut membuat pemeriksaan lain dan mendapati tiada sebarang kecederaan yang dilaporkan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya