Lelaki miliki bahan pornografi kanak-kanak disambung reman - Utusan Malaysia

Lelaki miliki bahan pornografi kanak-kanak disambung reman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Perintah reman seorang lelaki berhubung kes kegiatan mempromosikan pornografi kanak-kanak melalui media sosial dilanjutkan  tiga hari lagi.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd. Zaid Hassan berkata, suspek berusia 19 tahun yang ditahan direman empat hari sejak Khamis lalu itu disambung hingga Rabu ini bagi membantu siasatan. 

Pada 16 Jun lalu, lelaki itu ditahan manakala telefon bimbit miliknya dirampas di sebuah rumah di Semenyih di sini.

Telefon itu dikatakan mengandungi gambar dan video untuk tujuan mempromosikan kegiatan tidak bermoral kepada umum serta pihak tertentu.

Kes disiasat mengikut Seksyen 10 Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 (Akta 792) dan Seksyen 292 Kanun Keseksaan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya