Lelaki maut dipercayai langgar lembu - Utusan Malaysia

Lelaki maut dipercayai langgar lembu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PORT DICKSON: Seorang lelaki maut selepas motosikal yang ditunggangnya melanggar seekor haiwan dipercayai lembu dalam kemalangan di Kilometer 18.5 Jalan Siliau-Rantau berhampiran Ladang Bradwall, di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah, Superitenden Aidi Sham Mohamed berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 4.50 pagi itu, mangsa, S. Navin, 31, dari Ladang Bradwall, di sini maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala.

“Siasatan awal di tempat kejadian mendapati, mangsa dalam perjalanan dari arah Siliau menghala ke Rantau sebelum kemalangan berlaku.

“Sebaik sahaja tiba di tempat kejadian, mangsa dipercayai melanggar seekor haiwan dipercayai lembu berdasarkan bulu binatang yang melekat pada bahagian hadapan motosikal,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurut Aidi Sham, akibat kemalangan itu mangsa yang juga penunggang motosikal  jatuh ke atas jalan dan mengalami kecederaan parah di kepala.

“Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh Penolong Pegawai Perubatan Hospital Port Dickson dan mayatnya dihantar ke unit forensik Hospital Port Dickson untuk bedah siasat. 

“Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya. – UTUSAN ONLINE 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya