Lelaki mati lemas ketika menangkul ikan - Utusan Malaysia

Lelaki mati lemas ketika menangkul ikan

MANGSA yang ditemukan mati lemas setelah jatuh laut ketika menangkul ikan di perairan Pulau Pangkor di Lumut hari ini. - UTUSAN/IHSAN JBPM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LUMUT: Seorang lelaki mati  lemas selepas terjatuh dari sampan ketika menangkap ikan di perairan Pulau Pangkor di sini hari ini.

Mangsa berusia 35 tahun  menangkap ikan secara ‘menangkul’ sebelum terjatuh ke laut tidak jauh dari Terminal Jeti Pulau Pangkor.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak berkata, kejadian itu disedari penduduk sebelum memaklumkan kepada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pulau Pangkor.

“Selepas melakukan operasi lima hingga 10 minit, anggota penyelam bomba  menemui mangsa di kedalaman tiga meter di dasar laut,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Menurut beliau, mangsa dipercayai masih bernyawa ketika diselamatkan sebelum terus dibawa ke jeti untuk diberi bantuan pernafasan (CPR) tetapi pasukan perubatan yang tiba  mengesahkan mangsa sudah meninggal dunia.

Menurutnya, mayat mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya