Lelaki ketagih halau keluarga guna parang, bakar rumah

Lelaki ketagih dadah halau keluarga guna parang, bakar rumah

ANGGOTA polis menahan seorang lelaki yang mengamuk dan membakar rumah keluarganya di Kampung Seri Ketengga, Mukim Siong, Baling, Kedah, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BALING: Seorang lelaki yang tidak dapat mengawal diri akibat ketagihan dadah mengamuk dan membakar rumah keluarganya di Kampung Seri Ketengga, Mukim Siong, di sini semalam.

Dalam kejadian pada pukul 4.30 petang itu, lelaki tersebut yang turut membawa dua bilah parang menghalau ahli keluarganya keluar dari rumah tersebut sebelum bertindak membakar rumah tersebut.

Ketua Polis Daerah, Superintenden Shamsuddin Mamat berkata, suspek kemudian mengunci pintu rumahnya dan melarang orang lain memasuki rumah tersebut sambil mengacu dua bilah parang tersebut.

Katanya, lelaki itu kemudian dipercayai membakar rumahnya di dalam sebuah bilik.

“Selepas menerima laporan daripada abang suspek, anggota polis dan Jabatan Bomba dan Penyelamat bergegas ke tempat kejadian untuk memadamkan kebakaran serta menahan suspek,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau menambah, kebakaran itu memusnahkan hampir 40 peratus bilik yang keluasan 3.66 meter lebar dan 3.66 panjang itu.

Dalam pada itu, katanya, pihak polis terpaksa memecahkan pintu rumah dengan bantuan pihak bomba untuk menahan lelaki itu.

“Suspek mengalami kecederaan kecil di kepala akibat pergelutan ketika ditahan dan merampas dua bilah parang yang dipegangnya,” katanya.

Katanya, lelaki itu yang mempunyai rekod lampau berkaitan dadah dibawa ke Hospital Daerah Baling untuk rawatan dan direman empat hari bermula hari ini.

Kes diklasifikasikan di bawah Seksyen 435 Kanun Keseksaan kerana melakukan kesalahan khianat dengan api. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya