Leka main sepak takraw, lima lelaki dikompaun  - Utusan Malaysia

Leka main sepak takraw, lima lelaki dikompaun 

LIMA lelaki yang leka bermain sepak takraw ditahan dan dikompaun RM2,000 setiap seorang di Kampung Tuan di Cukai, Kemaman.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEMAMAN: Kedegilan lima lelaki yang melanggar arahan dilarang beriadah di tempat awam dengan bermain sepak takraw di Kampung Tuan, Cukai di sini membawa padah apabila mereka dikompaun RM2,000 setiap seorang. 

Ketua Polis Daerah, Superintenden Hanyan Ramlan berkata, kesemua mereka yang berusia 18 tahun hingga 42 tahun itu ditahan ketika leka bermain di padang kira-kira pukul 6.15 petang, Sabtu lalu. 

“Kompaun dikeluarkan kerana melanggar syarat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) penuh di bawah Peraturan 17 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2021 kerana beriadah di tempat awam,” katanya ketika dihubungi hari ini. 

Hanyan berkata, kesemua yang ditahan kemudian dibawa ke Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Kemaman untuk diambil keterangan sebelum kompaun dikeluarkan. 

Dalam perkembangan sama, katanya, enam lelaki berusia antara 18 tahun hingga 27 tahun masing-masing dikompaun sebanyak RM1,500 kerana berkumpul di depan sebuah kedai di Jalan Air Putih, kira-kira pukul 6 petang semalam. 

“Kesemua lelaki berkenaan didapati minum sambil bersembang tanpa penjarakan fizikal dan gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan,” katanya. – UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya