PUTRAJAYA: Jumlah pemberian vaksin Covid-19 setakat semalam direkodkan sebanyak 5,815,575 dos.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Adham Baba berkata, daripada jumlah itu, sejumlah 4,202,601 orang menerima dos pertama manakala 1,612,974 orang sudah lengkap dua dos.
Beliau berkata, sebanyak 140,573 dos diberikan dalam tempoh sehari semalam.
Dalam pada itu, mengikut rekod Jawatankuasa Khas Jaminan akses Vaksin Covid-19 (JKJAV), sehingga kini seramai 15,426,982 sudah mendaftar untuk menerima vaksin. – UTUSAN ONLINE