Lapan SJR bergerak di ibu negara pastikan SOP dipatuhi

Lapan SJR bergerak di ibu negara

MOHAMAD ZAINAL ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Polis Dang Wangi menjalankan lapan sekatan jalan raya (SJR) secara bergerak di sekitar daerah tersebut dalam usaha memastikan orang ramai mematuhi SOP ditetapkan.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah berkata, tiada sebarang SJR statik dilakukan disebabkan terdapat banyak laluan pilihan yang boleh digunakan di daerah berkenaan.

Bagaimanapun, ujar beliau, pihaknya tidak akan mendedahkan lokasi-lokasi terbabit bagi memastikan tiada pihak yang keluar rumah bukan atas alasan kerja atau urusan kecemasan.

“Fokus utama adalah memastikan pergerakan orang ramai hanya untuk perkhidmatan penting, mendapatkan keperluan harian, perubatan, kes kecemasan serta menerima vaksin.

“Kami tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan kepada mana-mana pihak yang didapati melakukan pelanggaran SOP sepanjang tempoh dua minggu ini,” katanya di sini hari ini.

Dalam pada itu, menurut Mohamad Zainal, pihaknya akan melakukan pemeriksaan di pejabat agensi awam atau swasta sekiranya menerima laporan dan maklumat jumlah pekerja melebihi had ditetapkan.

Ujar beliau, selain aduan, pihaknya turut melakukan pemantauan secara berterusan di pejabat agensi kerajaan serta syarikat swasta di daerah ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya