Lapan kaki judi daun terup ditahan, rumah kedai ala mini kasino - Utusan Malaysia

Lapan kaki judi daun terup ditahan, rumah kedai ala mini kasino

TIGA daripada lapan individu yang ditahan ketika bermain judi daun terup di Taman Pelangi, Kulim. - UTUSAN/AZAHAR HASHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KULIM: Seramai lapan individu termasuk seorang pemandu wanita yang leka bermain judi daun terup ditahan di sebuah pejabat perniagaan di Taman Pelangi di sini, hari ini.

Dalam serbuan pada pukul 3.30 petang itu, kesemua mereka bermain judi ala mini kasino di tingkat atas rumah kedai tersebut.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintenden Sazalee Adam berkata, mereka yang ditahan merupakan penduduk tempatan berusia antara 20 hingga 30-an.

Menurutnya, ketika serbuan dilakukan seramai lima lelaki sedang bermain judi tersebut di atas meja khas yang disediakan di pejabat berkenaan.

Sementara itu katanya, dua lelaki lagi bertindak sebagai tonto manakala seorang wanita pula merupakan juruwang dan mereka menggunakan cip pelbagai nilai sebagai wang pertaruhan.

“Dalam serbuan itu, kesemua mereka tidak sempat melarikan diri dan ditahan,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Beliau memberitahu, polis turut merampas sebuah meja khas yang digunakan untuk bermain judi dan cip wang pertaruhan bernilai RM1, RM5 dan RM25 dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM800.

Selain itu Sazalee berkata, wang tunai berjumlah RM1,600 dalam peti tunai turut dirampas.

“Mereka dipercayai sudah menjalankan aktiviti perjudian tersebut sejak sebulan lalu dan hanya menggunakan aplikasi WhatsApps untuk menghubungi kaki judi yang dikenali,” katanya.

Jelasnya, kesemua mereka kemudian dibawa ke Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Kulim untuk siasatan lanjut.

Jelasnya, proses permohonan reman akan dibuat di Mahkamah Kulim di sini, esok.

“Kesemua mereka akan didakwa mengikut Seksyen 6 (1) Akta Rumah Judi Terbuka 1953,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya