Lapan dikompaun berlatih silat - Utusan Malaysia

Lapan dikompaun berlatih silat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Lapan lelaki yang mengadakan latihan silat di sebuah rumah di Bandar Utama di sini, tengah malam tadi dikompaun RM1,500 setiap seorang kerana tidak mematuhi peraturan prosedur operasi standard (SOP).

Pemeriksaan pada 12.10 tengah malam itu susulan aduan awam diterima polis berhubung sekumpulan individu sedang menjalani latihan silat.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, kompaun kepada setiap individu berusia 26 tahun hingga 51 tahun.

“Mereka didapati tidak mematuhi SOP ditetapkan Majlis Keselamaran Negara (MKN) dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.

“Tindakan diambil mengikut Peraturan 17(1) Akta Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (PPPDPPB) 2021,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. 

Beliau turut mengingatjan orang ramai supaya mematuhi SOP ditetapkan bagi mengelakkan daripada dikompaun, ditangkap dan seterusnya didakwa di mahkamah mengikut peruntukan undang-undang yang sedia ada. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya