Langgar SOP: 227 kompaun dikeluarkan di PD - Utusan Malaysia

Langgar SOP: 227 kompaun dikeluarkan di PD

KEADAAN bandar Port Dickson yang lengang ekoran pelaksanaan PKP 3.0 yang sambung bermula 15 Jun sehingga 28 Jun depan. - UTUSAN/MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PORT DICKSON: Sebanyak 227 kompaun dikeluarkan oleh pihak polis di sekitar Port Dickson kepada individu dan premis yang didapati melanggar prosedur operasi standard (SOP) sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintenden Aidi Sham Mohamed berkata, kesemua kompaun tersebut dikeluarkan oleh 21 pasukan petugas SOP PKP Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Port Dickson bermula 1 hingga 14 Jun lalu.

“Sejumlah 204 kompaun telah dikeluarkan di lapangan meliputi pelbagai kesalahan manakala 23 kompaun lagi dikeluarkan di sekatan jalan raya (SJR) dan juga ‘snap check’ di sekitar daerah Port Dickson termasuk pantai-pantai awam.

“Antara kesalahan adalah gagal memakai pelitup muka, tidak mengamalkan penjarakan fizikal dan juga merentas tanpa surat kebenaran daripada pihak polis,” katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Jelas Aidi Sham, nilai kompaun bagi setiap satu kesalahan pelanggaran SOP PKP ini adalah di antara RM1,500 sehingga RM25,000, bergantung kepada kesalahan.

“Pihak polis akan terus menjalankan operasi pematuhan dengan lebih ketat khususnya di dalam daerah Port Dickson bagi mengekang penularan Covid-19 sepanjang tempoh PKP 3.0 yang telah disambung bermula semalam 15 Jun hingga 28 Jun depan,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya