Langgar sekatan pergerakan, Menteri Kesihatan Britain letak jawatan - Utusan Malaysia

Langgar sekatan pergerakan, Menteri Kesihatan Britain letak jawatan

MATT HANCOCK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Menteri Kesihatan Britain, Matt Hancock meletakkan jawatan berikutan pendedahan beliau melanggar peraturan sekatan pergerakan.

Menurut laporan, tindakan itu dilakukan selepas sebuah akhbar menyiarkan gambarnya memeluk mesra serta bercium dengan seorang wanita, baru-baru ini.

Gambar menunjukkan Hancock berpelukan dan bercium dengan seorang wanita di sebuah pejabat di Jabatan Kesihatan.

Gambar itu diambil melalui rakaman kamera litar tertutup (CCTV) pada Mei lalu sebelum peraturan sekatan pergerakan dilonggarkan untuk membolehkan pelukan dan hubungan fizikal lain di luar rumah sendiri.

Hancock segera memohon maaf selepas gambar itu tular dan mengakui melanggar sekatan pergerakan.

Surat peletakan jawatan itu dihantar kepada Perdana Menteri, Boris Johnson.

Sebelum ini, pemimpin Parti Buruh, Keir Starmer menuntut Hancock dipecat kerana terang-terangan melanggar perintah sekatan. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya