Laksana PBSL kurang kesesakan penjara - Pakatan Harapan

Laksana PBSL kurang kesesakan penjara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kerajaan digesa melaksanakan Pembebasan Banduan Secara Lesen (PBSL) melibatkan 11,018 tahanan yang mempunyai sabitan hukuman bawah setahun yang baki hukumannya kurang dari tiga bulan.

Jawatankuasa Keselamatan Pakatan Harapan (PH) dalam kenyataan memaklumkan ia merupakan antara cadangan pihaknya bagi mengurangkan kesesakan di penjara dan pusat tahanan bagi mengekang Covid-19.

Selain itu, katanya, kerajaan patut pertimbangkan hukuman alternatif bagi kesalahan ringan seperti denda, khidmat masyarakat, dan penahanan rumah dengan pemantauan peranti.

“Menurut laporan media sejak beberapa bulan lalu, dianggarkan terdapat lebih 20,000 kes Covid-19 di penjara dan pusat tahana termasuk di dalam kalangan kakitangan penjara.

“Hukuman penjara hanya akan menambah kepada masalah kesesakan dan berkemungkinan meningkatkan risiko penularan virus di pusat tahanan,” katanya dalam kenyataan.

Katanya juga, penahanan pendatang asing tanpa dokumen akan merencatkan usaha kerajaan untuk mencapai imuniti kelompok Covid-19, sambil menambah imuniti kelompok memerlukan vaksinasi 80 peratus penduduk, termasuk golongan pendatang asing. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya