Lagi tujuh beradik tiada sijil kelahiran - Utusan Malaysia

Lagi tujuh beradik tiada sijil kelahiran

SHAHRIN Muharam (kiri) menyampaikan bantuan makanan kepada Sharif Jaapal Sharif Abdullah sambil diperhatikan Analin Matsor. Turut kelihatan tujuh anak pasangan itu di Taman Peruna, Sungai Udang, Melaka, semalam. – UTUSAN/AMRAN MULUP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Tujuh beradik di Taman Peruna, Sungai Udang dekat sini gagal didaftarkan ke sekolah selain berdepan keciciran ekoran ketiadaan sijil kelahiran dan kesahihan kewarganegaraan.

Aminah Sharif Jaapal, 14; Mariam, 12; Ridzuan, 10; Fatimah 9; dan Khalida, 6, sepatutnya sudah mampu ke sekolah tetapi tiada sebarang dokumen pengenalan diri.

Dua lagi adik mereka, Alfiah yang berusia tiga tahun selain yang bongsu, Puteri Linda, 2, juga berdepan masalah sama.

Malah bapa kanak-kanak itu, Sharif Jaapal Sharif Abdullah, 31, dan ibu, Ana­lin Matsor, 30, yang mendakwa berasal dari Tawau, Sabah juga tidak memiliki MyKad.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Sharif Jaapal berkata, dia enggan mendaftarkan kelahiran anaknya kerana bimbang ditangkap pihak berkuasa.

“Saya tidak berani beritahu masalah ini kepada jiran dan juga bapa angkat yang membela saya sejak kecil di sini,” katanya yang tidak bekerja sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.

Dia mengakui, kesukaran mencari pekerjaan ketika sekatan pergerakan penuh dan masalah yang membelenggu keluarganya menyebabkan ada ketika, mereka sembilan beranak sekadar makan bubur.

Dalam pada itu, kisah Sharif Jaapal mendapat perhatian Pengerusi Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Udang, Shahrin Muharam.

Shahrin berkata, dua daripada kanak-kanak berkenaan akan dimasukkan ke Sekolah Agama An-Nuriah.

“Seorang anaknya berusia enam tahun pula dimasukkan ke tadika Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) manakala dua lagi akan dihantar ke Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Udang selepas tamat PKP nanti.

“Semua perbelanjaan lima beradik ini akan kita biaya sepenuhnya kerana amat penting, mereka perlu mendapat pendidikan,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya