Kumpulan jenayah terancang, Geng Sakai tumpas - Utusan Malaysia

Kumpulan jenayah terancang, Geng Sakai tumpas

AZMI Abu Kassim menunjukkan sebahagian daripada dadah yang dirampas dalam sidang akhbar jenayah Geng Sakai di IPK Kuala Lumpur hari ini. - UTUSAN/MOHD FARIZWAN HASBULLAH 
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Polis menahan 24 ahli `Geng Sakai’ yang aktif melakukan aktiviti jenayah terancang sejak sembilan tahun lalu dalam serbuan berasingan di lima negeri, Ahad lalu. 

Kesemua lelaki berusia 14 tahun hingga 47 tahun itu ditahan di Melaka, Negeri Sembilan, Perak, Kuala Lumpur dan Terengganu.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Azmi Abu Kassim berkata, siasatan mendapati kumpulan itu bergerak aktif melakukan jenayah seperti bunuh, pemilikan senjata api, pengedaran dadah, jenayah kekerasan dan gengsterism.

Katanya, malah, ketua kumpulan tersebut pernah beberapa kali dikenakan tindakan atas kesalahan jenayah di bawah Kanun Keseksaan.

“Terdapat beberapa ahli kumpulan itu telah ditangkap kerana pelbagai kesalahan jenayah dan dadah, mereka juga pernah diambil tindakan di bawah Langkah-Langkah Pencegahan Khas (LLPK).

“Bagaimanapun selepas dibebaskan, mereka dipercayai kembali aktif melakukan jenayah. Keahlian kumpulan itu dianggarkan kira-kira 50 orang,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur, di sini hari ini. 

Menurut Azmi, dalam serbuan itu, polis turut merampas dadah syabu seberat 318.6 gram dan heroin 445.5 gram yang dianggarkan bernilai RM9,000.

Jelasnya, wang tunai sebanyak RM21,665 dan lima buah kenderaan mewah iaitu Porsche Macan, Ford Ranger, Mercedes SUV, BMW dan Mazda CX9 dianggarkan bernilai RM1.7 juta turut dirampas.

“Siasatan lanjut turut mendedahkan penglibatan dua suspek yang masih berada dalam penjara dan tujuh lagi suspek masih bebas. 

“Usaha mengesan saki- baki ahli kumpulan ini masih giat dijalankan,” jelasnya.

Tambah beliau, kertas siasatan telah dibuka di bawah Seksyen 130V Kanun Keseksaan atas kesalahan menjadi ahli kumpulan jenayah terancang dan 18 daripadanya di tahan di bawah Prosedur Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA).- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya