Kru kabin syarikat penerbangan Firefly jadi sukarelawan di PPV Pulau Pinang - Utusan Malaysia

Kru kabin syarikat penerbangan Firefly jadi sukarelawan di PPV Pulau Pinang

CHOW Kon Yeow bersama Yeoh Soon Hin (kanan) ketika melawat Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Spice Arena, Bayan Baru, Pulau Pinang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGETOWN: Kerajaan negeri mengalu-alukan penyertaan kru kabin daripada syarikat penerbangan menjadi sukarelawan di pusat pemberian vaksin (PPV) sebagai salah satu usaha menyokong dan mempercepat Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) di Pulau Pinang.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Ekonomi Kreatif negeri, Yeoh Soon Hin berkata, syarikat Firefly telah berhubung dengan pihaknya dan menyatakan hasrat untuk membantu Pulau Pinang menerusi khidmat sukarela kru kabin syarikat berkenaan.

“Sukarelawan kru kabin ini akan membantu melengkapi peningkatan PPV di negeri ini seperti PPV mega, hospital swasta dan klinik seperti yang diumumkan oleh Ketua Menteri, Chow Kon Yeow.

“Saya percaya kru kabin ini akan menjalankan tugas yang terbaik sebagai sukarelawan memandangkan mereka telah dilatih secara profesional dari segi komunikasi dan pengurusan awam,” katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Terdahulu pada Jumaat lalu, Soon Hin mengadakan perjumpaan secara maya dengan Ketua Pegawai Eksekutif Firefly, Philip See.

Menurut Soon Hin, tenaga kerja sukarelawan daripada pelbagai sumber perlu berjalan seiring dengan jumlah PPV yang meningkat untuk memastikan proses vaksinasi di negeri ini berjalan lancar.

“Pihak kami ingin menyampaikan penghargaan kepada Firefly kerana menyokong program vaksinasi Covid-19 ini untuk kebaikan negara dan rakyat.

“Ini kerana tanggungjawab memerangi wabak ini tidak sepenuhnya terletak kepada kerajaan,” katanya.

Tambah beliau, sebelum ini kru kabin penerbangan Firefly turut menjadi sukarelawan di PPV di Lembah Klang dan meneruskan usaha itu di Pulau Pinang bagi memastikan bekalan tenaga kerja yang mencukupi di PPV.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya