Kontraktor G1, G2 dibenar laksana kerja pembinaan projek skala kecil - Utusan Malaysia

Kontraktor G1, G2 dibenar laksana kerja pembinaan projek skala kecil

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kontraktor G1 dan G2 yang dilantik pihak berkuasa tempatan (PBT) dibenarkan melaksanakan kerja-kerja pembinaan bagi projek-projek berskala kecil di bawah PBT dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Fasa 1 berkuat kuasa serta-merta.

Perkara itu dipersetujui dalam Mesyuarat Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang dipengerusikan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 21 Jun lalu.

Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan dalam kenyataan memaklumkan, kontraktor-kontraktor berkenaan tidak perlu mendapatkan kebenaran beroperasi melalui sistem CIMS yang diselenggarakan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).

“Sebaliknya surat kebenaran beroperasi akan dikeluarkan PBT bagi mempercepatkan proses kerja,” katanya hari ini.

Surat kebenaran beroperasi yang dikeluarkan PBT adalah tertakluk kepada pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) semasa Majlis Keselamatan Negara (MKN), Kementerian Kesihatan dan peraturan-peraturan PBT bagi mengekang penularan wabak Covid-19.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya