Kisah Neelofa jadi inspirasi Madad - Utusan Malaysia

Kisah Neelofa jadi inspirasi Madad

Ustaz Mohmmad Yaakub Yusra menyampaikan sumbangan mesin ABG kepada Timbalan Pengarah Perubatan (4) Hospital Sultanah Bahiyah, Dr Siti Norhani, sambil disaksikan oleh Pengerusi Malaysia Relief Agency Kedah, Dr Mohd Saifullah Alhany.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Murtadha Dakwah Centre (Madad) dan Akademi Asri Ahmad menjadikan langkah baik selebriti terkenal, Noor Neelofa dalam misi bantuan kemasyarakatan sebagai sumber inspirasi untuk mereka turut serta menyumbang kepada pesakit Covid-19.

Menurut Pengarah Urusan Madad, Yaakub Yusra Mohd Yusoff, untuk tujuan tersebut, sebanyak tiga buah mesin perubatan Arterial Blood Gases (ABG) bernilai RM105,000 telah disumbangkan kepada beberapa buah hospital di Kedah bagi membantu menampung keperluan pesakit di wad.

“Kami sebelum ini pernah dimaklumkan secara spesifik tentang keperluan segera mesin ABG di tiga buah hospital yang difahamkan tidak mencukupi. Oleh itu dengan sedikit dana yang kami ada, kami cuba bantu sedaya mungkin.

“Hospital tersebut adalah di Hospital Jitra, Hospital Sultanah Bahiyah dan Hospital Baling, Kedah.Pemberian sumbangan ini juga adalah sebahagian daripada tanggungjawab sosial korporat syarikat kami kepada mereka yang memerlukan.

“Tidak salah untuk kami katakan bahawa langkah Neelofa menghadiahkan katil di sebuah hospital di Melaka baru-baru ini juga telah mencetuskan inspirasi untuk kami berbuat perkara yang sama,”katanya dalam satu kenyataan akhbar, semalam.

Selain itu, menurut Yaakub, pihaknya menyedari kebanyakan hospital memerlukan kemudahan peralatan perubatan tambahan memandangkan kadar peningkatan pesakit Covid-19 kebelakangan ini semakin meningkat.

“Sebenarnya, keperluan untuk bantuan perubatan adalah sangat banyak. Permintaan juga tinggi kerana lebih banyak ICU dan wad rawatan rapi terpaksa dibuka.

“Diharapkan, lebih ramai individu, pertubuhan-pertubuhan mahupun syarikat-syarikat tampil membantu menyediakan peralatan perubatan.

“Kita ibarat sedang berperang dan wajarlah kita sama-sama mempertahankan kesejahteraan negara kita. Lagi cepat pandemik ini dapat ditangani, lagi cepat kita boleh menjalani kehidupan kita seperti biasa,”katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya