Kilang plastik tipu isytihar hasil produk perubatan dikompaun - Utusan Malaysia

Kilang plastik tipu isytihar hasil produk perubatan dikompaun

PEMILIK sebuah kilang plastik di Butterworth, Pulau Pinang dikompaun RM20,000 selepas membuat pengisytiharan palsu dengan MITI kononnya beroperasi bagi tujuan menghasilkan produk perubatan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUTTERWORTH: Pemilik sebuah kilang plastik di Taman Kerapu di sini dikompaun RM20,000 selepas didapati membuat pengisytiharan palsu menghasilkan produk bagi tujuan perubatan dengan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri.

Pemilik kilang itu dikompaun atas dua kesalahan melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dalam serbuan kira-kira pukul 9.30 pagi, hari ini.

Menurut Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor, hasil siasatan mendapati kilang itu menghasilkan barangan plastik bukan untuk tujuan perubatan.

Jelas beliau, pemilik kilang itu dikompaun RM10,000 kerana menjalankan perniagaan bukan perlu tanpa kebenaran manakala RM10,000 lagi atas kesalahan gagal memastikan dua pekerja warga Indonesia mengimbas kod QR MySejahtera.

“Dua pekerja lelaki berkenan juga ditahan kerana gagal mengemukakan dokumen perjalanan yang sah,” katanya kepada pemberita di sini.

Beliau berkata, kilang terbabit turut dikompaun Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) kerana menjalankan perniagaan tanpa lesen.

Sementara itu Noorzainy berkata, dalam operasi di kilang kedua di Jalan Siram di sini, pihaknya mendapati tiada pelanggaran SOP PKP namun pemiliknya dikenakan tindakan kerana tiada lesen MBSP dan gagal mempamerkan nama syarikat oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

Operasi berkenaan yang turut disertai Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna turut menyasarkan dua lagi kilang lain namun tiada pelanggaran SOP dikesan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya