Kilang minuman keras bukan kategori keperluan asas - Utusan Malaysia

Kilang minuman keras bukan kategori keperluan asas

ISMAIL SABRI YAAKOB
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kilang pembuatan minuman keras tidak termasuk dalam kategori keperluan asas yang diberi kebenaran untuk beroperasi sepanjang tempoh sekatan pergerakan penuh.

Demikian tegas Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob susulan tular surat kebenaran pengoperasian sebuah kilang arak terkenal antarabangsa sejak semalam.

“Sehubungan dengan itu, kerajaan bersetuju supaya semua kilang minuman keras di seluruh negara diarahkan ditutup serta-merta,” jelasnya menerusi kenyataan akhbar hari ini.

Pengumuman secara mengejut beliau yang membatalkan operasi kilang itu ternyata merujuk sentimen kemarahan ramai pengguna media sosial tempatan terutamanya masyarakat Islam.

Kalangan warganet malah kecewa dan mempersoalkan kewajaran Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri meluluskan operasi kilang itu kononnya arak ialah keperluan asas.

Mereka turut berkongsi hantaran yang memaparkan kandungan surat kebenaran dikeluarkan kementerian tersebut untuk sebuah kilang minuman keras ternama di Shah Alam, Selangor.

Mengulas lanjut, Ismail Sabri berkata, meskipun kebenaran beroperasi telah diberikan kepada semua kilang berasaskan makanan dan minuman, namun ia hanya untuk keperluan asas.

“Oleh yang demikian, kilang minuman keras tidak termasuk dalam kategori keperluan asas sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0,” tambahnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya