Kilang beroperasi lebih masa dikompaun RM10,000

Kilang beroperasi lebih masa dikompaun RM10,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Tindakan sebuah kilang pembuatan plastik beroperasi lebih masa ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) penuh 3.0 mengundang padah apabila pemilik dikenakan kompaun RM10,000 malam tadi.

Dalam serbuan kira-kira pukul 10.45 malam itu, polis mendapati lapan pekerja kilang bersama seorang penyelia sedang menjalankan kerja di dalam kilang terbabit melebihi masa dibenarkan.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, kompaun RM10,000 dikenakan kepada penyelia yang juga pemilik kilang iaitu seorang wanita tempatan berusia 41 tahun.

“Dia didapati melakukan kesalahan mengikut Peraturan 17(2) Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (PPPPB) (Langkah-langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Berjangkit).

“Kompaun sebanyak RM2,000 seorang turut dikeluarkan kepada lapan pekerja terdiri daripada tujuh wanita dan seorang lelaki tempatan berusia antara 18 hingga 69 tahun mengikut Peraturan 17(1) peraturan yang sama,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, kata Mohamad Fakhrudin, semakan mendapati kilang berkenaan mendapat kebenaran beroperasi daripada Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) untuk beroperasi semasa pelaksanaan PKP 3.0 sebelum ini.

Katanya, semua sektor perkilangan di daerah ini diberikan tempoh tiga hari untuk mendapatkan surat kebenaran beroperasi yang baharu daripada MITI untuk beroperasi sepanjang pelaksanaan sekatan pergerakan penuh fasa pertama bermula semalam.

“Bermula 4 Jun ini, kilang yang didapati tiada surat kebenaran MITI untuk beroperasi akan dikenakan kompaun dan diarah tutup,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya