Ketum dibenarkan di Thailand sebagai perubatan tradisional - Utusan Malaysia

Ketum dibenarkan di Thailand sebagai perubatan tradisional

DAUN pokok ketum matang yang dijumpai dalam Op Benteng di sempadan Malaysia-Thailand. – UTUSAN/MUHAMAD IQBAL ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGKOK: Selepas disenaraikan sebagai ‘haram’ selama beberapa dekad, Thailand bakal membenarkan penggunaan mitragyna speciosa, juga dikenali sebagai ketum, sebagai perubatan tradisional menjelang Ogos ini.

Menurut laporan Bangkok Post, pengumuman pada 28 Mei lalu oleh Royal Gazette secara efektif mengeluarkan tumbuhan itu daripada senarai narkotik.

Oleh kerana undang-undang baharu itu berkuat kuasa 90 hari selepas diwartakan, penggunaan dan pemilikan ketum dikriminalisasi pada 24 Ogos ini.

Sebelum ini, ketum dikategorikan sebagai Narkotik Kelas 5 iaitu memakan, mengusahakan dan memilikinya adalah satu kesalahan.

Menteri Kehakiman, Somsak Thepsutin berkata, walaupun ketum akan dibenarkan di negara ini, penduduk tidak perlu terburu-buru menanamnya.

Menurut beliau, ini kerana Akta Ketum perlu dibentangkan di Parlimen terlebih dahulu.

Beliau menambah, penggunaannya melibatkan individu di bawah usia 18 tahun tetap dilarang.

Katanya, tugas mengatur penanaman dan penggunaannya akan melibnatkan beberapa kementerian.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya