JAKARTA: Biarpun Indonesia khususnya Jakarta merekodkan kes harian Covid-19 yang melonjak tinggi, kereta rel listrik (KRL) atau tren komuter laluan Bogor-Jakarta dilihat padat dengan penumpang.
Tinjauan CNN Indonesia mendapati, seluruh gerabak KRL berkenaan padat selain kerusi yang sepatutnya diisi dengan jumlah yang terhad juga penuh.
KRL laluan Manggarai-Cikarang juga penuh dengan penumpang.
Semalam, Indonesia mencatatkan jumlah kes harian positif Covid-19 tertinggi dengan 20,574 kes.
Sebelumnya pada Rabu, kes harian merekodkan 15,308 kes.