Kes harian Covid-19 masih di atas paras 5,000 - Utusan Malaysia

Kes harian Covid-19 masih di atas paras 5,000

NOOR HISHAM ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kes harian jangkitan Covid-19 menurun kepada 5,586 kes berbanding jumlah yang dicatatkan semalam, 5,803 kes.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah, Selangor mencatat jumlah kes tertinggi dengan 2,212 kes diikuti Kuala Lumpur, 628 kes dan Sarawak, 513 kes.

Negeri Sembilan pula mencatatkan 501 kes.

Dengan kes yang belum menurun di paras bawah 4,000 kes, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 tidak akan ditamatkan esok, sebaliknya dilanjutkan.

Hal demikian kerana indikator ditetapkan untuk negara beralih dari Fasa Pertama kepada Fasa Kedua Pelan Pemulihan Negara (PPN) adalah kes jangkitan harian kurang daripada 4,000 kes.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya