Kes di negeri pembangkang naik, adakah salah kerajaan?

Kes di negeri pembangkang naik, adakah salah kerajaan?

MOHD. Rafiq Naizamohideen (kanan) berbual dengan penerima vaksin di PPV Dewan Tun Ali, Bukit Katil, Melaka. - FOTO/MUHAMMAD SHAHIZAM TAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Melaka, Datuk Mohd. Rafiq Naizamohideen menempelak sikap segelintir pemimpin pembangkang yang hanya tahu menuding jari menyalahkan kerajaan berbanding melaksanakan inisiatif membantu rakyat semasa pandemik.

Tegas beliau, sebagai Ahli Parlimen atau Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang dipilih rakyat, mereka harus menunjukkan rasa empati dan berusaha bersama-sama kerajaan untuk memutuskan rantaian Covid-19.

“Adakah salah kerajaan Pusat bila kes Covid-19 di Selangor mencatatkan purata kes harian melepasi 2,000 kes. Cadangan hendak laksanakan sekatan pergerakan penuh di negeri itu juga ditentang.

“Mereka (pembangkang) membantah apabila kerajaan hendak buat keputusan terbaik untuk rakyat. Pada masa sama sentiasa mencari peluang menyalahkan pihak lain berbanding diri sendiri,” katanya kepada pemberita selepas lawatan ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Dewan Tun Ali, Bukit Katil, di sini hari ini.

Semalam, Pakatan Harapan (PH) Johor meluahkan kekecewaan dengan cara Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menguruskan pandemik Covid-19.

Menurutnya, pengumuman kerajaan PN bahawa aset kerajaan akan digerakkan bagi membantu meningkatkan pelaksanaan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) sepatutnya dilakukan lebih awal lagi.

Tambah Mohd. Rafiq, sikap lepas tangan pembangkang tidak sepatutnya berlaku kerana sebagai pemimpin masyarakat, tidak kira daripada parti politik mana sekalipun, perlu ada kesepakatan dalam isu melibatkan rakyat.

“Tidak perlu bermain politik murahan ketika ini semata-mata untuk meraih sokongan rakyat. Tolak kepentingan diri dan  parti ke tepi dan bersatu hati dengan kerajaan pusat untuk membantu rakyat,” ujarnya.

Dalam pada itu, mengenai Malaysia Vaccine Support Volunteers (myVAC), Mohd. Rafiq yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pertubuhan Bukan Kerajaan, Pembangunan Belia dan Sukan negeri berkata, seramai 200 sukarelawan akan ditambah seiring dengan pertambahan PPV.

“Setakat ini sebanyak 1,437 permohonan telah diterima dan hanya 209 permohonan telah melengkapkan profil dan layak bertugas. Seramai 119 sukarelawan kini bertugas sepenuh masa di semua daerah di Melaka,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya