Kerani rugi RM713,450 terlibat pelaburan 'Only Chain' - Utusan Malaysia

Kerani rugi RM713,450 terlibat pelaburan ‘Only Chain’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PORT DICKSON: Gara-gara tertarik dengan pelaburan saham yang memberi pulangan lumayan, seorang kerani pemasaran sebuah syarikat kerugian RM713,450 selepas melabur melalui aplikasi ‘Only Chain’.

Ketua Polis Daerah, Superitenden Aidi Sham Mohamed berkata, mangsa seorang wanita berusia 39 tahun membuat laporan polis pada Sabtu lalu selepas menyedari tiada keuntungan diperoleh bermula April 2021 dan rasa diperdaya.

“Mangsa mengetahui mengenai pelaburan saham mata wang itu melalui kenalan lamanya dan memuat naik aplikasi ‘Only Chain’ untuk tujuan pelaburan ini.

“Semua urusan adalah melalui aplikasi dan laman web ‘Only Chain’ yang mana mangsa telah mula membuat pelaburan dalam mata wang nilai USD sejak Januari 2020 dan telah pun mendapat keuntungan beberapa kali,” katanya.

Jelas Aidi Sham, bagaimanapun dalam tempoh April hingga Jun 2021, mangsa  membuat 45 kali transaksi ke dalam 21 akaun individu dan satu akaun syarikat dengan jumlah keseluruhan RM713,450 namun mangsa tidak beroleh sebarang keuntungan.

“Siasatan lanjut berhubung kejadian ini masih dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan,” katanya.

Sehubungan itu, beliau berkata, pihak polis menasihati orang ramai agar tidak mudah terpedaya dengan pelaburan yang menawarkan pulangan yang tinggi di mana-mana laman sosial atau aplikasi. 

“Semakan boleh dibuat dengan Bank Negara Malaysia bagi menyemak sama ada pelaburan tersebut  diiktiraf atau tidak,” katanya. -UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya