Kerani mengaku tak bersalah guna dokumen palsu RM4.14 juta - Utusan Malaysia

Kerani mengaku tak bersalah guna dokumen palsu RM4.14 juta

HAN Hee Siew mengaku tidak bersalah atas kesalahan menggunakan dokumen pelepasan gadaian palsu berjumlah RM4.14 juta di Mahkamah Sesyen Shah Alam, Selangor. - UTUSAN/ZULFADHLI ZAKI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Seorang kerani mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini kerana menggunakan dokumen pelepasan gadaian palsu berjumlah RM4.14 juta, tujuh tahun lalu.

Tertuduh, Han Hee Siew, 56, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Rohatul Akmar Abdullah.

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh yang bekerja sebagai kerani dengan pendapatan RM3,000 sebulan itu didakwa menggunakan dokumen pelepasan gadaian palsu (Borang 16N) sehingga menyebabkan bank Standard Chartered mengalami kerugian RM4.14 juta.

Bapa kepada tiga orang cahaya mata itu didakwa melakukan kesalahan terbabit di Pejabat Tanah dan Galian daerah Petaling dekat sini pada 26 Mac 2014.

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 467 Kanun Keseksaan.

Timbalan Pendakwa Raya, Ainul Amirah Abdul Razak menawarkan jaminan RM50,000 dengan seorang penjamin namun peguam bela, Shalehhuddin Salam memohon jaminan lebih rendah.

Mahkamah bagaimanapun tidak membenarkan sebarang jaminan terhadap tertuduh kerana tiada penjamin yang hadir ketika mahkamah bersidang.

Kes disebut semula pada 14 Julai ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya