Kerajaan buka PPV Industri pertama di Rapid Pengerang

Kerajaan buka PPV Industri pertama di Rapid Pengerang

KHAIRY Jamaluddin (kanan) bersama Hasni Mohammad pada sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat CITF Johor di Kota Iskandar, Iskandar Puteri, Johor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISKANDAR PUTERI: Kerajaan akan membuka Pusat Pemberian Vaksin (PPV) bagi sektor-sektor industri tertentu yang perlu beroperasi dalam tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ketika ini.

Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan, Khairy Jamaluddin berkata, pembukaan PPV Industri yang pertama akan dibuat di Projek Pembangunan Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia (RAPID) di Pengerang, dekat sini.

Menurut beliau, PPV Industri yang pertama itu dijadualkan untuk memulakan operasi pada 16 Jun ini yang bertujuan untuk memberikan suntikan kepada pekerja-pekerja industri yang terpaksa bekerja dalam tempoh PKP ini.

“Ini kerana kerajaan telah membuat dasar untuk memberi suntikan vaksinasi kepada sektor-sektor yang dibenarkan beroperasi,” katanya dalam sidang akhbar yang diadakan selepas mempengerusikan Mesyuarat Badan Bertindak Program Imunisasi Covid-19 (CITF) Johor), di sini hari ini.

Turut hadir, Menteri Besar, Datuk Hasni Mohammad dan Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, R. Vidyananthan.

Khairy yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi turut memberitahu, kerajaan akan terus memperluaskan lagi pembukaan PPV Industri kepada beberapa sektor lain secara berperingkat.

“Selain itu, satu lagi PPV Industri akan turut dibuka di negeri ini dengan tujuan sama iaitu di kawasan Mount Austin selewat-lewatnya pada akhir bulan ini.

“Selepas melibatkan sektor industri seperti perkilangan, kita akan buka PPV lain untuk sektor-sektor berkepentingan lain seperti perladangan, pembinaan dan juga peruncitan,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya