Kerajaan ambil langkah susulan berpandukan Perlembagaan - Pejabat PM - Utusan Malaysia

Kerajaan ambil langkah susulan berpandukan Perlembagaan – Pejabat PM

MUHYIDDIN YASSIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kerajaan akan mengambil langkah-langkah susulan berdasarkan Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang negara selaras menjunjung titah pandangan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Pejabat Perdana Menteri dalam kenyataan memaklumkan, kerajaan mengambil maklum titah Seri Paduka seperti terkandung dalam kenyataan Istana Negara semalam.

“Dalam sesi-sesi menghadap ke atas  Yang di-Pertuan Agong sebelum ini, Perdana Menteri telah menyembah maklum dan menasihati Seri Paduka mengenai perjalanan  pengurusan pandemik Covid-19, penguatkuasaan Ordinan-Ordinan Darurat, pelaksanaan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan, pakej-pakej rangsangan ekonomi dan bantuan kewangan kepada rakyat, pelaksanaan sidang Parlimen, Pelan Pemulihan Negara dan perkara-perkara lain berkaitan.

“Menjunjung titah pandangan Seri Paduka, kerajaan akan mengambil langkah-langkah susulan berdasarkan Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang negara,” kata kenyataan itu hari ini.

Semalam, Al-Sultan Abdullah menzahirkan pandangan sesi persidangan Parlimen perlu diadakan secepat mungkin bagi membolehkan Ordinan Darurat dan Pelan Pemulihan Negara dibahaskan ahli Dewan Rakyat.

Titah Seri Paduka, Parlimen yang berperanan sebagai satu platform penting untuk wakil rakyat bersidang bagi membincangkan pelbagai isu khususnya berkaitan penularan wabak Covid-19.

Titah itu dikeluarkan selepas Sesi Perbincangan Khas berlangsung antara Yang di-Pertuan Agong Dan Raja-Raja Melayu di Istana Negara semalam.

Seramai lapan Raja-Raja Melayu berangkat ke Perbincangan Khas Raja-Raja Melayu kecuali Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail yang diwakili Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.

Dalam pada itu, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad dalam kenyataan berkata, Raja-Raja Pemerintah menyokong pendirian Yang di-Pertuan Agong agar Parlimen bersidang dengan segera

Raja-Raja Pemerintah berpandangan Dewan Undangan Negeri (DUN) dibolehkan bersidang mengikut kaedah dan pelaksanaan beberapa negara yang berjaya mengawal penularan wabak Covid-19. – UTUSAN ONLINE 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya