Keputusan STPM Khamis ini - Utusan Malaysia

Keputusan STPM Khamis ini

gambar hiasan
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Keputusan peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) tahun 2020 diumumkan pada 1 Julai iaitu pada Khamis ini.

Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM), Kementerian Pendidikan memaklumkan, calon sekolah kerajaan, bantuan kerajaan, swasta atau persendirian individu boleh mendapatkan keputusan masing-masing mulai pukul 12 tengah hari.

MPM dalam kenyataan berkata, semakan boleh dibuat melalui empat kaedah iaitu pertama semakan keputusan penuh (slip keputusan) secara dalam talian melalui pautan http://stpm.mpm.edu.my/stpmK.

Kaedah kedua ialah menerusi perkhidmatan sistem pesanan khidmat ringkas (SMS) ringkasan keputusan dengan menaip STPM<jarak>No. K/P<jarak>Angka Giliran dan hantar ke 68886 bermula 11 pagi Khamis sehingga pukul 12 tengah hari Jumaat.

“(Kaedah berikutnya) ialah keputusan calon dihantar MPM terus ke alamat e-mel calon pada 1 Julai ini mulai pukul 11:00 pagi (bagi calon yang membekalkan alamat e-mel ke MPM).

“Bagi calon yang tidak mempunyai capaian internet, pihak Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) atau sekolah akan mengenal pasti calon tersebut dan memaklumkan kaedah sesuai untuk calon mendapatkan keputusan peperiksaan,” katanya hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN