Keputusan STAM 2020 Khamis ini - Utusan Malaysia

Keputusan STAM 2020 Khamis ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Keputusan peperiksaan Siji Tinggi Agama Malaysia (STAM) tahun 2020 akan diumumkan pada Khamis ini mulai pukul 10 pagi. 

Kementerian Pendidikan (KPM) memaklumkan, calon sekolah dan persendirian boleh membuat semakan keputusan melalui dua kaedah iaitu pertama menerusi  secara dalam talian di pautan myresult1.moe.gov.my atau myresult2.moe.gov.my untuk mendapatkan keputusan penuh.

Menurutnya, kaedah semakan kedua adalah menerusi sistem khidmat ringkas (SMS) untuk mendapatkan ringkasan keputusan STAM 2020 dengan menaip STAM<jarak>NoKP<jarak>AngkaGiliran dan hantar ke 68886. 

“Perkhidmatan ini diaktifkan mulai pukul 10 pagi pada 17 Jun dan ditamatkan pada pukul 6 petang pada 23 Jun ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kenyataan itu memakumkan, bagi calon sekolah yang tidak mempunyai capaian internet, pihak sekolah akan mengenal pasti calon tersebut dan memaklumkan kaedah yang sesuai untuk mendapatkan keputusan peperiksaan.

Bagi calon persendirian yang tidak mempunyai capaian internet pula, jelas KPM, Jabatan Pendidikan Negeri atau Pejabat Pendidikan Daerah akan mengenal pasti calon persendirian tersebut dan memaklumkan kaedah yang sesuai untuk mendapatkan keputusan peperiksaan.

Mengikut rekod, seramai 7,277 calon berdaftar menduduki peperiksaan STAM tahun 2020 yang berlangsung dari 29 Mac hingga 7 April lalu di 236 pusat peperiksaan di seluruh negara. – UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN