Keputusan kaedah pengajaran diumum seminggu sebelum sekolah dibuka - Utusan Malaysia

Keputusan kaedah pengajaran diumum seminggu sebelum sekolah dibuka

NUR Iman Zahra (kiri) dan Nur Iman Damia menjalani pengajaran dan pembelajaran di rumah (PDPr) di kediamannya sambil dipantau ibunya, Norazlina Jaafar yang berniaga burger. - UTUSAN/MOHD. FARIZWAN HASBULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Keputusan berkenaan kaedah pengajaran dan pembelajaran selepas cuti pertengahan penggal berakhir pada 25 dan 26 Julai ini akan diumumkan sebelum seminggu sekolah dibuka.

Perkara itu dimaklumkan Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr. Radzi Jidin dalam sidang akhbar hari ini.

“Sama ada pendekatan seterusnya selepas cuti pertengahan penggal berkahir pada 25 Julai bagi kumpulan A dan 26 Julai bagi kumpulan B, kementerian akan umumkan sebelum seminggu sekolah dibuka,” katanya.

Beliau sebentar tadi mengumumkan pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) untuk tempoh 25 hari bermula sesi persekolahan dibuka pada 13 Jun ini bagi kumpulan A manakala kumpulan B pula pada 14 Jun.

Kumpulan A ialah (Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu) manakala Kumpulan B (Perlis, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan, Negeri Sembilan, Melaka, Pahang, Sabah dan Sarawak).

Dalam sidang akhbarnya, Radzi berkata, perkara itu berjalan sehingga sesi cuti pertenggahan penggal pada 16 dan 17 Julai ini sehingga 25 dan 26 Julai.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN