'Kenduri durian': Artis bergelar Datuk, pelakon dan penyanyi era 80-an hadir beri keterangan - Utusan Malaysia

‘Kenduri durian’: Artis bergelar Datuk, pelakon dan penyanyi era 80-an hadir beri keterangan

WAN AZHARUDDIN WAN ISMAIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAPAH: Artis lelaki terkenal bergelar Datuk hadir ke Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Tapah hari ini untuk siasatan kes pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 dalam satu majlis sosial di sebuah ladang dekat Kampung Poh, Bidor baru-baru ini.

Artis berusia 62 tahun itu tiba di pekarangan IPD Tapah pada pukul 1.30 petang untuk diambil keterangan di Bahagian Siasatan Jenayah.

Ketua Polis Daerah Tapah, Superintenden Wan Azharuddin Wan Ismail berkata, seorang pelakon dan penyanyi lelaki era-80 turut dipanggil untuk memberi keterangan bagi membantu siasatan.

Katanya, artis lelaki berusia 67 tahun yang turut berada di pesta sosial itu tiba di IPD Tapah pada pukul 12 tengah hari.

“Selain kedua-dua selebriti itu, kita juga telah memanggil enam individu lain termasuk penganjur untuk diambil keterangan.

“Keenam-enam individu tersebut hadir untuk siasatan pada pukul 9.30 malam tadi,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Utusan Online semalam melaporkan, seorang artis terkenal bergelar Datuk dan beberapa individu akan dipanggil bagi membantu siasatan dakwaan melanggar SOP PKP 3.0 dalam satu majlis sosial di sebuah ladang dekat Kampung Poh, Bidor baru-baru ini.

Siasatan itu dijalankan susulan tangkap layar beberapa gambar tular di media sosial yang memaparkan mereka yang terlibat menyertai ‘kenduri durian’ di kampung berkenaan.

Difahamkan, dalam majlis berkenaan turut diadakan aktiviti seperti jamuan dan karaoke.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya