Kenapa dengan Intan Najuwa? - Utusan Malaysia

Kenapa dengan Intan Najuwa?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Ramai juga sebenarnya yang bertanyakan soalan ini kepada Poklip. Nak jawab pun Poklip tak berani. Mana Poklip tahu kenapa pelakon, Intan Najuwa semakin seksi hari demi hari. Takkan itu pun Poklip kena jawab juga kan?

Bukan apa, bab artis seksi ini bagi Poklip terpulang kepada individu tersebut. Lantak dia nak pakai baju apa sebab kita bukan duduk serumah dengan dia. Cuma kalau nak nasihat itu, boleh. Jangan pula memaki hamun ya.

Poklip sendiri tidaklah kenal rapat dengan Intan. Tetapi daripada perbualan rakan media lain, Intan memang seorang yang sangat sopan dan berbudi bila bercakap. Tak ada perangai diva atau berlagak walaupun popular.

Kita juga sedia maklum, Intan pelakon yang bagus. Wataknya dalam drama Tak Sempurna Mencintaimu itu memang bikin orang geram. Jadi dia memang boleh bawa watak apa sahaja yang diberi. Bab bakat, itu tak ada masalah langsung.

Cuma bab seksi ini, terpulanglah kepada peminat sendiri untuk menilai. Poklip ada juga menjenguk ruangan komen Instagram pelakon itu, boleh tahan ya komen netizen. Takut Poklip bila baca. Boleh murung seminggu tau.

Kalau mahu menegur, apa kata kita guna ayat yang manis-manis. Kalau takut mengguris hati, lakukan secara lebih privasi. Tidak perlu tunjuk seolah-olah kita manusia sempurna. Kadang-kadang yang meninggalkan komen itu pun macam bebas dosa.

Apa pun, kita doa yang baik-baik. Ramai sahaja artis yang kita anggap terlalu seksi dahulu sudah berhijab dan menjadi muslimah yang lebih baik. Kita tak mampu untuk memaksa seseorang, cuma boleh nasihat dan tetap berdoa.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya