Kecederaan pemain utama resahkan Belgium lawan Itali

Kecederaan pemain utama resahkan Belgium menjelang pertemuan dengan Itali

EDEN Hazard (tengah) mengerang kesakitan selepas diasak pemain tengah Portugal, Joao Palhinha (kanan) dan pemain pertahanan, Diogo Dalot dalam pertemuan yang menjadi sejarah hitam buat juara bertahan itu. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MUNICH: Jurulatih Belgium, Roberto Martinez mengesahkan bahawa Kevin De Bruyne dan Eden Hazard terlepas perlawanan pada pagi Sabtu nanti selepas mengalami kecederaan ketika kemenangan 1-0 ke atas Portugal, pagi Ahad lepas.

Walaupun tidak ada pemain yang secara automatiknya diketepikan dari baki kejohanan, Belgium juga sedikit lega apabila pasukannya tidak mengalami kecederaan serius. 

Namun, Martinez mengakui bahawa pasukannya hanya mempunyai peluang ‘50-50’ apabila dua tonggak utamanya itu berkemungkinan pulih sepenuhnya pada separuh akhir di Wembley, Selasa depan sekiranya mereka mengatasi Itali.

KEVIN De Bruyne kini mengalami kecederaan pergelangan kaki dan peluang untuk beraksi pada suku akhir adalah tipis. – AFP

Pemain tengah Manchester City, De Bruyne mengalami kecederaan pergelangan kaki selepas menerima asakan daripada Joao Palhinha dan terpaksa diganti pada minit ke-48 sekali gus mengecewakan Martinez, manakala penyerang Real Madrid, E. Hazard terpaksa digantikan pada minit-minit terakhir perlawanan akibat kecederaan hamstring. 

Ia amat membimbangkan Martinez jika kedua-dua pemain itu tidak dapat meneruskan kembali kejohanan tersebut dan kini hanya berserah kepada harapan sama ada seorang daripadanya atau kedua-dua mereka dapat kembali semula tepat pada peringkat separuh akhir sekiranya pasukannya melangkah sejauh itu.

“Ini cukup positif bagi kami kerana Eden dan Kevin tidak berdepan kecederaan struktur. Mereka kekal bersama skuad. Kami tidak dapat membuat mereka pulih sepenuhnya menjelang perlawanan Jumaat ini (pagi Sabtu), tetapi mereka akan bermain pada perlawanan seterusnya.

“Kami akan memantau mereka, tetapi sekiranya kami berjaya ke separuh akhir, mereka boleh bermain. Kemungkinan mereka bermain adalah 50-50,” kata Martinez. 

“Ini adalah peringkat kalah mati, anda layak dengan satu gol dan itu adalah pertandingan terbaik Eden dalam tempoh dua tahun.

“Dia bermain sangat pintar dan cerdas, jadi anda tidak perlu mengubahnya. Kami juga tidak bermain dengan crystal ball kerana itu akan mengubah segalanya,” tambahnya lagi.

Dalam pada itu, jurulatih Belgium itu juga menyifatkan, pemain tengah Portugal, Palhinha seharusnya dikenakan tindakan akibat melakukan pelanggaran terhadap Romelu Lukaku dan juga kesal apabila asakan yang diberikannya terhadap De Bruyne tidak memberikannya kad kuning kedua.

“Palhinha seharusnya memperoleh kad kuning pada waktu itu,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya