Kebun getah jadi ‘kelas’ timba ilmu - Utusan Malaysia

Kebun getah jadi ‘kelas’ timba ilmu

Konsep PdPR masih merupakan kaedah yang selamat semasa tempoh darurat ini. – GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PENDANG: Lebih 50 pelajar dari Kampung Bukit Tok Haji di sini kecewa apabila mereka tidak dapat mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) dengan lancar berikutan capaian internet yang lemah di kawasan kampung tersebut.

Sebahagian pelajar di kampung itu terpaksa belajar di dalam kebun getah atau berpanas di tepi jalan utama di luar kampung untuk mendapat talian internet bagi mengikuti PdPR.

Terdapat juga dalam kala­ngan mereka yang terpaksa pergi ke rumah saudara-mara di luar kampung itu yang mempunyai talian internet lebih baik untuk tujuan tersebut.

Seorang pelajar, Muhammad Danial Iman Muhammad Ismail, 17, dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kubur Panjang di sini berkata, dia bersama beberapa rakannya terpaksa belajar di dalam kebun getah milik bapanya di hujung kampung itu.

Menurutnya, kawasan kebun getah tersebut mendapat capaian­ internet lebih lancar berbanding di rumahnya.

“Saya dan beberapa rakan akan mengikuti PdPR di dalam kebun getah ini bermula pukul 10 pagi,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini semalam.

Seorang lagi pelajar, Ahmad Arif Mohammad Rizuan, 17, dari SMK Kubur Panjang berkata, dia juga terpaksa mengikuti PdPR di sebuah pondok di tepi jalan utama di luar kampung ini yang mempunyai capaian internet lebih baik.

Menurutnya, dia terpaksa ber­ada di pondok tersebut dalam keadaan cuaca panas untuk tidak ketinggalan sesi PdPR.

“Saya juga terpaksa pergi ke pondok tersebut pada waktu malam sekiranya memerlukan talian internet untuk menyiap­kan kerja-kerja sekolah,” jelas­nya.

Sementara itu, seorang penduduk, Nur Anis Nazira Md. Saad, 27, memberitahu, dia terpaksa menghantar adiknya, Nur Anis Ayuni, 17, ke rumah ibu saudaranya di Kampung Gha, Kubur Panjang pada
setiap hari persekolahan untuk mengikuti PdPR kerana kemudahan internet di kampung itu lebih baik.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya