Kane ‘bocor’ taktikal England sebelum menentang Jerman

Kane ‘bocor’ taktikal England sebelum menentang Jerman

HARRY Kane secara tidak sengaja mendedahkan taktikal pasukannya dalam video yang dimuat naik menerusi media sosial sebelum menentang Jerman esok. 
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Gareth Southgate belum mengumumkan kesebelasan utama pemain yang akan diturunkan menentang Jerman esok biarpun terdapat desas-desus Phil Foden dan Mason Mount akan dipanggil semula, manakala Jack Grealish dan Bukayo Saka kembali memanaskan bangku simpanan. 

Bagaimanapun ramai peminat percaya, Grealish akan mengisi kesebelasan utama selepas penyerang dan kapten Three Lions, Harry Kane secara tidak sengaja mendedahkan taktikal pasukannya dalam video yang dimuat naik menerusi media sosial. 

Pemain yang dilihat menjalani latihan bersama Kane dalam video berkenaan adalah Grealish, Foden dan Raheem Sterling, sekali gus membuatkan peminat percaya gandingan empat pemain ini akan digunakan untuk menentang Jerman. 

Malang buat Kane, selepas memuat naik video tersebut, semua komen yang diterima adalah mengenai kegagalannya menjaringkan gol dalam Euro 2020 biarpun turun sebagai pemenang Kasut Emas Piala Dunia 2018. 

Sekalipun tidak meledak gol, Kane memainkan peranan penting dalam mencetus kemenangan England ke atas Croatia dan Republik Czech (1-0) apabila mencipta gerakan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya