Kanak-kanak tiga tahun suka makan batu-bata - Utusan Malaysia

Kanak-kanak tiga tahun suka makan batu-bata

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAWA BARAT: Seorang kanak-kanak berusia tiga tahun dari Kabupaten Indramayu di sini memiliki cita rasa yang luar biasa iaitu suka makan batu-bata.

Kanak-kanak yang dikenali sebagai Ibnu itu akan menangis jika tidak dilarang.

Pihak keluarga memang telah melarang kanak-kanak itu agar tidak makan batu bata. Namun, Ibnu selalu marah dan menangis jika dilarang.

Perkara itu mendapat perhatian pihak polis yang melakukan pemantauan bagi memastikan tiada elemen penderaan.

Polis juga menasihatkan Ibnu akan yang memiliki kebiasaan yang tidak biasa.

Mereka juga meminta ibu kepada Ibnu, iaitu Junanih, 40,  untuk tidak membiarkan kebiasaan buruk anaknya yang ketagih memakan batu bata dan melakukan pemeriksaan kesihatan.

“Kami memberikan arahan kepada Junanih agar tidak mengabaikan kebiasaan Ibnu yang suka mengunyah lalu memakan batu bata atau pasir yang nantinya akan menggangu sistem pencernaan dan juga kesihatan Ibnu,” ujar polis.

Menurut polis, pihak keluarga termasuk jiran tetangga sebenarnya sudah melarang agar kanak-kanak  tersebut tidak memakan batu bata.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya