‘Kami perlu surat dari kementerian mana?’ - Utusan Malaysia

‘Kami perlu surat dari kementerian mana?’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Para pemandu teksi bingung sama ada mereka perlu mendapatkan surat kebenaran operasi seperti mana ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Yang Dipertua Gabungan Pertubuhan Teksi, Kereta Sewa, Limosin dan Teksi Lapangan Terbang Semalaysia, Kamarudin Mohd. Hussain berkata, jika pihaknya perlu berbuat demikian, kementerian manakah atau agensi terlibat untuk mendapatkan surat tersebut.

“Apakah kami dari sektor perkhidmatan awam mengikut prosedur operasi standard (SOP) MKN dibenarkan beroperasi dan masih diwajibkan mendapatkan surat kebenaran beroperasi daripada mana-mana 10 kementerian atau agensi disenaraikan Polis Diraja Malaysia (PDRM) atau sebaliknya?

“Sekiranya perlu mendapatkan surat kebenaran beroperasi, tolong maklumkan nama kementerian atau agensi terbabit,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Semalam PDRM mengingatkan surat pengesahan daripada kementerian atau agensi berkaitan sahaja diterima pakai di sekatan jalan raya (SJR) berkuat kuasa hari ini.

Dalam pada itu, Kamarudin berkata, pihaknya merayu kepada kerajaan khususnya kepada Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani supaya menyelesaikan isu kekeliruan yang masih berlaku ketika ini di SJR.

Jelasnya, kenyataan media Ketua Polis Negara sebelum ini mengatakan surat pengesahan kementerian atau agensi hanya diterima pakai di SJR bukan sahaja menimbulkan kekeliruan pemandu teksi di seluruh negara, bahkan juga anggota PDRM yang bertugas.

“Ini berikutan sehingga awal pagi ini, kami masih menerima banyak aduan ahli-ahli di seluruh negara khususnya di Pulau Pinang dan di Labuan yang mendakwa mereka menghadapi masalah ketika melalui SJR di mana bukan sahaja perlu mengemukakan surat Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri malah ada mengadu tidak dibenarkan beroperasi,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya