BUCHAREST: Pengendali Ukraine, Andriy Shevchenko mengakui pasukannya melakukan kesilapan dengan menghadiahkan penalti kepada Macedonia Utara sebelum menang 2-1 dalam aksi Euro 2020, hari ini.
“Kesilapan kami adalah memberikan penalti kepada lawan, seharusnya kami menambah jaringan kerana memiliki peluang berharga tetapi gagal.
“Macedonia Utara memiliki karakter yang bagus dan berjaya menghukum kesilapan kami,” katanya.
Dalam aksi itu, Andriy Yarmolenko dan Roman Yaremchuk masing-masing meledak jaringan kedua mereka dalam kejohanan itu selepas menjaringkan gol ketika tewas 2-3 kepada Belanda.
Keputusan itu meletakkan skuad kendalian Shevchenko dalam keadaan selamat untuk meneruskan saingan di kejohanan itu.
Ezgjan Alioski bertindak pantas melakukan rembatan susulan selepas sepakan penaltinya diselamatkan untuk Macedonia Utara merapatkan kedudukan pada minit ke-57.
Tetapi, Ukraine terlepas peluang untuk mendahului selesa apabila Ruslan Malinovskyi gagal menyempurnakan sepakan penalti.-AFP