Ka Siong tinggalkan Istana Negara - Utusan Malaysia

Ka Siong tinggalkan Istana Negara

KENDERAAN yang membawa Wee Ka Siong keluar dari Istana Negara selepas selesai sesi menghadap Yang di-Pertuan Agong. - UTUSAN/AMIR KHALID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Presiden MCA, Wee Ka Siong meninggalkan Istana Negara melalui Pintu 2 pada pukul 12.51 tengah hari tadi.

Ini selepas kira-kira sejam pertemuan Ahli Parlimen Ayer Hitam itu menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Beliau yang menaiki kereta Toyota Vellfire berwarna putih itu terus berlalu tanpa bertemu petugas media terlebih dahulu yang sudah menunggu sejak awal pagi tadi.

Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan), Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal dan Presiden Penaja Pejuang Tanah Air (Pejuang), Tun Dr. Mahathir Mohamad pula dijangka tiba masing-masing pada pukul 2.30 dan 3.30 petang ini bagi menghadap Seri Paduka.

Semalam, Perdana Menteri yang juga Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin; Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mat Sabu dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng tiba di Istana menghadap Seri Paduka.

Pemimpin UMNO pula dikatakan akan dipanggil pada esok dan Gabungan Parti Sarawak (GPS) menerima jemputan menghadap Seri Paduka pada 14 Jun – hari terakhir sekatan pergerakan penuh oleh kerajaan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya