Juventus buru khidmat Pogba - Utusan Malaysia

Juventus buru khidmat Pogba

JUVENTUS berkemungkinan melepaskan Cristiano Ronaldo atau Paulo Dybala dalam usaha mendapatkan khidmat Paul Pogba pada musim panas ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TURIN: Juventus berhasrat mendapatkan semula Paul Pogba daripada Manchester United pada musim panas ini dan mungkin menawarkan Cristiano Ronaldo atau Paulo Dybala sebagai sebahagian daripada perjanjian itu.

Juventus dilaporkan berdepan kekangan kewangan dan perlu menawarkan pemain kepada United sebagai usaha untuk mendapatkan Pogba.

Pengendali Juventus, Massimiliano Allegri dikhabarkan berminat untuk membawa Pogba ke Turin pada musim panas ini dan percaya bintang Perancis itu akan menyerlah bersama skuad The Old Lady.

Kelab itu berjaya merangkul dua kejauraan Serie A dan Dua Coppa Italia selain mara ke final Liga Juara-Juara sebelum Pogba menyertai United pada 2016.

Pogba bagaimanapun berdepan kritikan hebat sepanjang lima musim di Old Trafford kerana aksi tidak konsisten.

United sebelum ini dikaitkan dengan usaha mendapatkan Ronaldo namun mereka mungkin menolak tawaran Juventus yang ingin mendapatkan khidmat Pogba.

Keputusan United menawarkan kontrak baharu kepada Edinson Cavani membuktikan bahawa mereka tidak berminat untuk mendapatkan semula Ronaldo sebaliknya akan fokus kepada usaha mendapatkan Jadon Sancho daripada Borussia Dortmund.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya