Juruteknik kempunan Honda Civic Singapura - Utusan Malaysia

Juruteknik kempunan Honda Civic Singapura

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Seorang juruteknik kerugian kira-kira RM232,220 apabila ditipu dalam urusan pembelian sebuah kereta terpakai jenis Honda Civic dari Singapura.

Mangsa berusia 48 tahun berasal dari Alai dekat sini terpedaya dengan iklan dipaparkan dalam media sosial Facebook berkenaan penjualan kereta tersebut dengan harga RM17,800.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial negeri, Superintenden E. Sundra Rajan berkata, menyedari ditipu, mangsa telah membuat laporan di Balai Polis Kandang semalam.

“Dia kemudiannya menghubungi seorang perempuan dan bersetuju untuk membeli kereta tersebut. Mangsa kemudiannya diminta untuk membuat bayaran atas pelbagai alasan.

“Antaranya ialah bayaran lesen import (AP) dan cukai Kastam untuk membeli kereta tersebut. Mangsa yang tidak menyedari dia ditipu telah membuat sebanyak 59 transaksi pindahan wang berjumlah RM232,220,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Sundra Rajan menambah, mangsa telah membuat bayaran secara dalam talian kepada 15 akaun bank berbeza seperti diarahkan suspek pada 13 April hingga 19 Mei lalu.

Jelasnya, mangsa hanya disedari ditipu apabila masih tidak menerima kenderaan walaupun selepas membuat semua bayaran.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana kesalahan menipu.

“Hasil semakan menggunakan laman sesawang ccid.rmp.gov.my/semakmule, salah satu daripada akaun yang digunakan suspek didapati mempunyai sembilan laporan polis menggunakan modus operandi yang sama.

“Saya ingin menasihatkan orang ramai supaya sentiasa berhati-hati dengan sebarang tawaran penjualan kenderaan secara atas talian,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya