Juruteknik didenda RM2,500 miliki senapang buatan sendiri - Utusan Malaysia

Juruteknik didenda RM2,500 miliki senapang buatan sendiri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SELAYANG: Seorang juruteknik penghawa hawa didenda RM2,500 selepas mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini terhadap tuduhan memiliki senapang buatan sendiri.

Majistret Nur Hafizah Rajuni mendenda Muhammad Hazari Hassan Basri, 39, dan memerintahkannya menjalani hukuman penjara tiga bulan jika gagal membayarnya. Denda itu kemudian dijelaskan.

Mengikut pertuduhan, Muhammad Hazari didapati memiliki selaras senapang buatan sendiri yang digunakan untuk memancing ikan.

Senapang itu berukuran kira-kira 43 sentimeter panjang dan mempunyai pemegang kayu berwarna coklat, laras aluminium, peluru serta sebatang besi berukuran 30 sentimeter di hujung besi yang telah diubah suai menjadi tajam.

Kesalahan itu dilakukan di Jalan Besar Selayang Height Gombak di sini pukul 7.30 petang pada 25 Jun lalu.

Juruteknik itu didakwa di bawah Seksyen 36(1) Akta Senjata yang memperuntukkan penjara maksimum setahun atau denda RM5,000 atau kedua-duanya.

Terdahulu, tertuduh yang diwakili peguam D. Jaymurugan memohon mahkamah mengenakan hukuman ringan dengan alasan senapang tiruan yang dimiliki tertuduh adalah tujuan untuk memancing (menembak ikan).

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya Khairunnisak Hassni memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal berbentuk pengajaran terhadap tertuduh.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya