Johor lakukan ujian saringan bersasar, tidak berskala besar

Johor lakukan ujian saringan bersasar, tidak berskala besar

HASNI MOHAMMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISKANDAR PUTERI: Kerajaan negeri tidak mempunyai perancangan untuk melakukan ujian saringan Covid-19 secara besar-besaran di negeri ini buat waktu ini bagi mengetahui status jangkitan pandemik tersebut.

Sebaliknya kata Menteri Besar, Datuk Hasni Mohammad, pihaknya akan melakukan ujian saringan secara bersasar khususnya bagi kawasan-kawasan tertentu di sekitar bandar raya Johor Bahru.

Menurut beliau, hal itu kerana jumlah kes harian yang direkodkan di bandar raya ini masih belum menunjukkan sebarang penurunan.

“Kita telah mendapat sebanyak 20,000 kit ujian Antigen Rapid Test Kit (RTK-Ag) daripada Singapura dan ia akan digunakan untuk melakukan ujian saringan secara bersasar.

“RTK-Ag itu akan dapat beri ketepatan bacaan sehingga 98 peratus dalam tempoh masa kira-kira lima minit,” katanya dalam sidang akhbar yang diadakan selepas menghadiri Mesyuarat Badan Bertindak Program Imunisasi Covid-19 (CITF) di sini hari ini.

Hadir mempengerusikan mesyuarat, Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19, Khairy Jamaluddin selain turut disertai Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, R. Vidyananthan.

Menurut Hasni, kerajaan negeri akan turut mendapatkan lebih banyak kit ujian RTK-Ag bagi menjayakan inisiatif itu.

Katanya, pelaksanaan ujian saringan bersasar ini bukan sahaja bertujuan untuk mengetahui sama ada seseorang individu itu positif atau negatif Covid-19 semata-mata.

“Tetapi sebaliknya ia juga bertujuan untuk meningkatkan kesedaran dalam kalangan masyarakat negeri ini bahawa pentingnya mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan kerajaan.

“Usaha melawan pandemik Covid-19 bukan hanya melalui suntikan vaksinasi sahaja tetapi juga melibatkan kerjasama semua pihak dalam memastikan arahan ditetapkan pihak berkuasa dipatuhi,” ujarnya.

Hasni berkata, usaha meningkatkan kesedaran masyarakat berhubung perkara itu penting kerana masih terdapat beberapa sektor yang dibenarkan beroperasi dilihat masih rendah dengan tahap pematuhan SOP sepatutnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya