JHEAT belum muktamadkan SOP korban - Utusan Malaysia

JHEAT belum muktamadkan SOP korban

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT​) mengesahkan masih belum memuktamadkan prosedur operasi standard (SOP) pelaksanaan ibadah korban tahun ini.

JHEAT dalam satu kenyataan memaklumkan, SOP yang tersebar beberapa hari lalu masih dalam perbincangan dan semakan pihaknya.

“Kita akan menguar-uarkan sekiranya SOP yang sebenar sudah dimuktamadkan dan sebarang perkembangan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa,” jelasnya dalam kenyataan di laman Facebook.

Sehubungan itu, JHEAT meminta orang ramai agar bersabar sehingga SOP berkenaan dikeluarkan tidak lama lagi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya